
SYARAT PENYERTAAN
- Beragama Islam
- Berumur 22 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia (Bukan warganegara mesti melalui persetujuan beberapa syarat)
- Tidak merokok atau berazam akan meninggalkan tabiat merokok.
- Tidak mengamalkan ilmu atau amalan yang menyalahi akidah islam. Peserta akan hilang kelayakan pengijazahan sekiranya didapati terlibat dengan permasalahan tersebut
- Boleh membaca al-Quran dengan baik (untuk peringkat praktikal)
- Sempurna akal dan pancaindera.
PROGRAM INI UNTUK ANDA YANG :
- Cintakan ilmu & ingin menambahkan ilmu perubatan islam seterusnya membantu masyarakat dengan ilmu & kemahiran perubatan islam yang dipelajari
- Mempunyai ahli keluarga atau pasangan yang telah mengalami gangguan sihir/saka dan seumpamanya yang sudah banyak kali berubat namun belum menemui kesembuhan
- Mangsa sihir/saka dan seumpamanya yang telah bertahun-tahun diuji dengan masalah gangguan rohani/mahkluk halus.
- Anda ingin melatih diri dengan amalan zikir dan amalan rohani, sekaligus membina benteng diri daripada gangguan jin & syaitan serta lebih dekat dengan Pencipta Yang Esa.
BAKAL ILMU YG DIPEROLEHI DALAM PENGAJIAN INI
- Ilmu & kefahaman tentang alam jin dengan lebih jelas dan yakin
- Dapat membezakan perbezaan perubatan patuh shariah dengan sebaliknya
- Ilmu, kefahaman dan kemahiran untuk merawat pelbagai penyakit rohani dan jasmani
- Mengenali lebih dalam tentang permasalah sihir, saka, santau, penyakit rohani dan kaedah mengubatinya
- Ijazah dan sanad-sanad amalan khas yang jarang diberikan melalui kuliah-kuliah di Masjid.
- Dibimbing oleh mushrif sehingga layak menerima ijazah perubatan islam seterusnya menjadi pengamal perubatan untuk berbakti pada masyarakat
BUTIRAN KURSUS :
- Kursus Induk : merupakan kursus pertama bagi peserta mengenali asas-asas dalam perubatan Islam.
- 10 sesi Kuliah Lanjutan : sesi pengajian berkitab mengikut silibus pengajian yang telah disusun
- Tasmik : 2 sesi tasmik akan diadakan. Jadual sesi tasmik akan diberikan semasa Kursus Induk.
- Bengkel : 2 Kali bengkel akan diadakan. Jadual bengkel akan diberikan semasa Kursus Induk.
- Praktikal : 40 sesi praktikal rawatan dibimbing oleh mushrif
- Konvokesyen : Konvokesyen akan dilangsungkan pada Jun 2024 bagi peserta yang lulus semua silibus yang ditetapkan.
YURAN KURSUS & PENGAJIAN
Yuran kursus boleh dibayar melalui dua cara pembayaran yang disediakan dibawah ;
- Bayaran penuh RM800.00 atau
- Deposit RM400.00 dan baki dijelaskan secaran ansuran bulanan RM50.00 x 8.
*semua peserta akan dibekalkan dengan Beg Kursus, Lanyard & Tag Nama, Pen, Buku Mutiara Syifa, Buku Yasin & Buku Nota DarusSalam.
*segala tentatif adalah tertakluk pada perubahan dengan makluman
*pihak pengurusan berhak menerima atau menolak pendaftran dengan sebab-sebab tertentu.